Seorang wanita datang kepada Rasulullah
S.A.W. Ia menyerahkan kain yang ditenunnya sendiri dan diserahkan kepada
Nabi S.A.W sebagai rasa cintanya kepada Rasul. Dengan senang hati
rasulullah menerima pemberian itu dan memakainya. Dengan memakai kain
pemberian wanita itu, Nai keluar menemui sahabatnya. Salah seorang
daripada sahabat melihat begitu indahnya kain yang dipakai Nabi, lau
berkata, “Wahai Rasulullah, alangkah indahnya kain yang engkau pakai
itu. Betapa senangnya jika aku memakainya,” ujarnya.
“Baiklah,” jawab Nabi S.A.W ringkas.
Setelah keluar dari suatu majlis,
Rasulullah S.A.W datang lagi ke tempat itu, tetapi tidak lagi
menggunakan kain tenun yang baru dipakai itu. Kain pemberian wanita itu
berlipat di tangannya, dan kemudian diserahkan kepada sahabat yang
memujinya tadi.
“Terimalah kain ini dan pakailah,” ujar Rasululah S.A.W.
Melihat peristiwa itu, ramai sahabat
yang mencela lelaki itu. Kain pemberian wanita itu sangat disenangi Nabi
kerana itu dipakainya, tetapi Nabi tidak pernah menolak permintaan
seseorang. “Mengapa engkau masih memintanya ?” sungut para sahabat.
Apa jawab sahabat yang meminta kain
kepada Rasulullah S.A.W, “Saya minta kain itu bukan untuk saya pakai,
melainkan untuk saya gunakan untuk kain kafanku.”
Betapa mulianya nilai suatu barang yg diberikan oleh orang yg dimuluakan Allah swt ( Nabi Muhammad saw.) In sya Allah yg menerima kain pemberian Rasulullah itu dan digunakan jd kain kafannya akan bersama Rasulullah di hari kiamat nanti.
BalasHapus